Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman berkata, iklan raya tersebut merupakan sebahagian daripada tradisi pihak­nya menyampaikan mesej bermakna bagi menyambut pelbagai pe­rayaan agama dan budaya sepanjang tahun.

“Iklan raya pada kali ini memaparkan unsur-unsur kekeluargaan seperti to­lak ansur, hormat menghormati, kesefahaman dan keikhlasan dalam mengukuhkan hubu­ngan silaturrahim seterusnya menjadikan ia lebih erat dan bermakna.

“Kita juga ingin berkongsi kemeriahan sambutan hari raya dengan tradisi kunjung-mengunjung supaya ia kekal sebagai satu budaya dalam memupuk semangat persaudaraan dan kekeluargaan yang kuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pratonton Eksklusif Iklan Hari Raya Aidilfitri 2019 di Ba­ngunan Art Printing Works, Bangsar, di sini semalam.

Konvoi Epik Fantastik mengisahkan pengalaman dan tradisi sambutan hari raya seorang gadis bandar, Nabila yang berkonvoi ke 10 buah rumah adik-beradik datuknya.

Tayangan penuh iklan tersebut boleh ditonton di saluran YouTube TENAGAofficial #KonvoiEpik Fantastik bermula semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.