Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambri Mohd. Isa berkata, TN50 yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dilaksanakan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin membuka ruang besar untuk anak muda menyuarakan pandangan terus kepada pucuk pimpinan negara.

"Anak muda sebelum ini tercari-cari ruang yang sesuai untuk menyuarakan hasrat serta isi hati mereka sehingga ada ketikanya mereka bertindak secara tidak rasional. 

"Agenda TN50 'membuka mata golongan berkenaan termasuk mahasiswa di samping mereka yang sebelum ini cuba menjadi 'hero jalanan', " kata Zambri dalam wawancara dengan Bernama baru-baru ini.

Beliau turut menekankan bahawa TN50 turut menyedarkan anak muda negara ini betapa pentingnya mereka saling bersatu dan menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan mereka.

"Ini kerana dalam tempoh 30 tahun akan datang merekalah yang bertanggungjawab atas apa yang disuarakan pada hari ini," tambahnya. - Bernama