Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, pelan jangka masa panjang itu itu sejajar dengan pelan jangka panjang TLDM untuk mengurangkan kelas-kelas kapal armada TLDM dari 15 kelas kapal kepada lima jenis sahaja. 

Katanya, penambahan aset TLDM berkenaan akan dibuat secara berperingkat dan setakat ini memiliki enam kapal ronda generasi baharu itu iaitu Kapal Diraja (KD) Pahang, KD Kedah, KD Selangor, KD Perak, KD Terengganu dan KD Kelantan.

"Dengan kekuatan jangka panjang ini akan menyumbang kepada kawalan keselamatan di perairan negara ini secara menyeluruh dan secara tidak langsung dapat mengurangkan dari segi ancaman luar.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Ulang Tahun Ke-50 Skuadron Kapal Ronda Pasukan Simpanan ke-13 di Pangkalan TLDM Sandakan di sini hari ini. - Bernama