Ahmad Zakiyuddin kini ditempatkan di Unit Koronori (CCU) sebaik selesai pembedahan kira-kira pukul 3 petang.

Anaknya, Muhammad Amin Ahmad Zakiyuddin berkata, bapanya kini masih dalam pemantauan ketat oleh doktor pakar hospital berkenaan.

"Beliau (Ahmad Zakiyuddin) kini berada dalam keadaan stabil dan pihak keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan dan kesembuhannya," katanya dalam satu kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp di sini sebentar tadi. - K! ONLINE