Seri Paduka bertitah, ancaman keselamatan dan keamanan negara adalah sesuatu yang ­nyata dan muncul dalam pelbagai bentuk.

Dalam hubungan ini, titah Seri Paduka, kerajaan perlu mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan terutama dalam penguatkuasaan termasuk di ruang siber, keupayaan risikan, rondaan di sempadan dan perairan negara serta usaha membanteras aktiviti pemerdagangan orang.

“Beta berharap tiada pihak yang menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan sendaan dan mainan politik,” titah Seri Paduka.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.