Menteri berkenaan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jika 47 tahun dahulu fenomena penipuan dalam talian ini tidak wujud, namun pada hari ini ia semakin berkembang.

Beliau berkata, anggota penguatkuasa kini bukan sahaja berdepan dengan aduan masyarakat mengenai harga barang, tetapi juga penipuan dalam talian.

Sehubungan itu, bagi menjaga kepentingan rakyat dan pengguna, beliau menggariskan tiga perkara untuk menjadikan bahagian penguatkuasa relevan dan berdaya saing dalam mendepani cabaran mendatang.

Tiga perkara itu ialah anggota perlu meningkatkan ilmu pengetahuan demi mendepani masyarakat yang kian rencam; meningkatkan kemahiran penguatkuasaan dan  mempunyai sikap yang baik serta berintegriti. - Bernama