Tiga kenderaan yang hilang dalam kejadian pada pukul 9 pagi Ahad lalu ialah Toyota Vellfire, Proton Saga FL serta motosikal jenis Honda RS150 yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM230,000.

Menurut mangsa, Mohamad Faiezi Md. Yusub @ Abdullah, 25, semasa kejadian terdapat sembilan penghuni di rumah tersebut yang berusia antara empat hingga 40 tahun.

Katanya, kejadian disedari kakak iparnya berusia 40 tahun yang pelik melihat keadaan pintu rumah terbuka selain ketiga-tiga kenderaan tersebut telah hilang semasa ingin menyidai pakaian.

“Curiga dengan keadaan itu, kakak ipar bertanyakan kepada abang, Mohd. Fazli, 37, yang merupakan pemandu lori sama ada menghantar dua kereta berkenaan untuk dibasuh.

“Namun, Mohd. Fazli menafikannya sebelum terkejut melihat kesan potong pada kunci mangga selain tiga kunci untuk semua kenderaan terbabit yang berada di rumah hilang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.