Majistret Azizah Ahmad membenarkan kesemua individu terbabit dibebaskan  selepas selesai membantu siasatan berhubung siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Difahamkan, semua individu tersebut menjawat Gred 44 hingga Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B dan berkhidmat di bahagian penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Terdahulu mereka tiba di Kompleks Istana Keadilan pada pukul 9.15 pagi dengan menaiki empat buah kenderaan dan kelihatan menutup wajah masing-masing dengan jaket serta tangan bergari. - K! ONLINE