Orang ramai mula membanjiri lokasi MSAM sejak pukul 9 pagi terutamanya dalam kala­ngan pelajar sekolah termasuk yang hadir bersama ibu bapa.

Seorang pengunjung, Anirah Alfitri, 24, berkata, ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke acara berkonsep pendidikan pelaburan dan kewangan seperti ini.

“Saya datang bersama ibu bermula pukul 10 pagi lagi. Di sini pengunjung didedahkan dengan dunia pelaburan menerusi pelbagai produk di bawah Kumpulan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dan anak-anak syarikatnya.

“Saya juga sempat meluangkan masa ke gerai-gerai pameran yang disediakan PNB dan agensi-agensi lain bagi mendapatkan input serta maklumat mengenai produk serta perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya yang berasal dari Bandar Penggaram di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.