Ketiga-tiga lelaki itu yang berpakaian lokap polis dilihat tiba di Mahkamah Seremban di sini kira-kira pukul 8.30 pagi ini dengan menaiki trak polis dan tangan masing-masing bergari.

Mereka dibawa ke Mahkamah Seremban oleh pihak polis bagi mendapatkan perintah tahan reman keatas mereka bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Semalam, Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop memaklumkan, suspek pertama yang bekerja sebagai jurujual kenderaan berusia 52 tahun diberkas di daerah ini tengah hari semalam.

Polis seterusnya menahan seorang lagi suspek yang bekerja sebagai pemandu lori berusia 36 tahun dan seorang peniaga ayam berusia 37 tahun di Rantau, manakala tiga lagi suspek masih diburu polis. - K! ONLINE