Dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah Sairulazuwan  Nadzim, 37, isterinya Azilina Abdul Aziz, 37, serta anak pasangan tersebut Muhamad Daris Iffat.

Menurut jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.24 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Jelasnya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish berada dalam keadaan terbalik di dalam kawasan parit yang berair sedalam 2.5 meter.

“Siasatan awal mendapati, MPV tersebut dipercayai terbabas masuk ke dalam parit tersebut

“Hasil pemeriksaan di dalam kereta menemui mayat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an, wanita berusia 30-an dan bayi lelaki berusia tujuh bulan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Jelasnya, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepda pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi menyelamat mangsa tamat pada pukul 6.10 pagi. - K! ONLINE