Dalam kejadian pukul 3 petang itu, Presley Tataw, 27, bersama saudaranya, Rederict Benediet Rody, 12, sedang bermandi-manda di sungai hadapan rumah panjang sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus deras.

Seorang lagi mangsa, Henry Tataw, 28, yang ternampak kejadian itu cuba menyelamatkan mereka namun turut dihanyutkan arus.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit, pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini pada pukul 5.37 petang.

"Bomba kemudiannya bergerak ke lokasi kejadian tetapi disebabkan cuaca buruk, perjalanan mereka tersekat di Rumah Panjang Menalun.

"Anggota operasi terpaksa menggunakan bot panjang milik orang kampung untuk sampai ke Nanga Ulin yang mengambil masa kira-kira dua jam dari situ" katanya dalam kenyataan akhbar sebentar tadi.

Selain bomba, anggota polis dari IPD Kanowit turut terlibat dalam operasi mencari kesemua mangsa. - K! ONLINE