Operasi yang bermula pada pukul 10 malam itu dijalankan dengan kekuatan seramai 354 anggota dari pelbagai agensi seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Perancangan dan Pembangunan Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk M. Noor Azman Taib berkata, operasi dijalankan susulan kebanyakkan pengunjung pusat hiburan terdiri daripada mereka yang beragama Islam.

“Hasil serbuan, kita mendapati, hampir 90 peratus pengunjung di ketiga-tiga premis berkenaan terdiri daripada mereka yang beragama Islam dan perkara ini amat membimbangkan.

“Kita juga mengesan, ketiga-tiga premis ini melanggar syarat Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992 kerana membenarkan pengunjung beragama Islam memasuki premis mereka,” katanya selepas operasi di sini hari ini.

Menurut Noor Azman, serbuan pertama dilakukan di premis hiburan di Jalan Imbi dan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302(2)(e) Akta Syarikat 2016 kerana tidak mempamerkan nama dan nombor pendaftaran pada resit.

Anggota Imigresen menjalankan pemeriksaan terhadap pengunjung warga asing dalam serbuan di sebuah puAnggota Imigresen menjalankan pemeriksaan terhadap pengunjung warga asing dalam serbuan di sebuah pusat hiburan ketika Ops Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) ke-48 yang disertai oleh PDRM, Imigresen, AADK, Kastam, DBKL dan JAWI wal pagi tadi. - Foto FAISOL MUSTAFA 

 

“Kita telah mengenakan tindakan kompaun sebanyak RM5,000 atas setiap kesalahan yang dilakukan dan pihak AADK pula telah menahan 13 individu kerana positif dadah jenis methamphetamine.

“Sementara di premis kedua yang terletak bersebelahan premis pertama pula didapati tiada kesalahan dari mana-mana agensi penguatkuasaan,” jelasnya.

Tambahnya, serbuan terakhir dijalankan di Jalan P.Ramlee dan mendapati premis yang dikunjungi hampir 800 pengunjung tempatan serta warga asing berkenaan tidak mempunyai sebarang lesen perniagaan. - K! ONLINE

Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk M NoorTimbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk M Noor Azman Taib (kanan) bersama Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Azman Mahmood (dua kiri) meletakkan notis menyita premis di hadapan sebuah kelab malam yang tidak mempunyai lesen ketika Ops Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) ke-48 yang disertai oleh PDRM, Imigresen, AADK, Kastam, DBKL dan JAWI awal pagi tadi. - Foto FAISOL MUSTAFA