Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, pendidikan harus dilihat sebagai proses yang menggembirakan dan bukannya memberi tekanan serta membebankan pengajar atau pelajar sama ada di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. 

Katanya, kegagalan golongan tersebut menangani tekanan menyebabkan kesihatan dalam kalangan mereka terjejas akibat daripada kemurungan.
"Belajar sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan dan bukannya menjadikan pelajar atau guru tertekan. 

"Hari ini, ada di antara mereka menghadapi pelbagai tekanan kerana merasakan pendidikan sebagai sesuatu yang membebankan dan akhirnya menyebabkan kesihatan terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) kepada 210 penerima di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas, Datuk Raiha Azni Abd. Rahman. - K! ONLINE