Mereka ialah tekong bot, Zainurin Ahmad, 50, dari Sungai Petani; Muhammad Awang, 45, dari Alor Setar manakala identiti seorang lagi mangsa belum diperoleh.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 1 Langkawi, Komander Maritim Nurulazme Zakaria berkata, bot nelayan itu dipercayai karam di kedudukan 9.8 batu nautika barat daya Pulau Cepu kira-kira pukul 4 pagi semalam.

"Kawasan pencarian telah diaktifkan dalam lingkungan radius 10 batu nautika dari lokasi bot dipercayai karam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE