Kejadian pukul 11.15 pagi itu mengakibatkan Haznah Ali, 59, (gambar kecil) serta dua beradik perempuan, Weaam Lukman, 8 bulan dan kakak­nya, Wedad, 2, maut di lokasi kemalangan akibat kecederaan dalaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Mohd. Said Ibrahim berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang warga Thailand, Lukman Waeni, 31, dirempuh oleh sebuah kereta Perodua Axia dari arah belakang.

Menurut beliau, pemandu Proton Wira yang menghala ke Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang itu dikatakan berhenti di bahu jalan untuk berehat sebelum Pe­rodua Axia dari arah sama yang dinaiki Haznah merempuh kereta tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.