Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi, tiga mangsa yang terkorban ialah Remnelan Samat, 55, Aien Laila Alesha Abdullah, 11, dan Nurnadia Syakila, 9.

Remnelan dan Aien Laila mati di lokasi kejadian manakala Nurnadia meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Bintulu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, sebelum kejadian, bas sekolah yang dipandu Remnelan dalam perjalanan menghantar 23 murid ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kidurong II dari arah Samalaju.

Menurut beliau, sebaik tiba di kawasan Ladang Sawit Sebubu, bas dipandu mangsa dikatakan gagal mengelak treler membawa muatan batang paip besi yang diletakkan di bahu jalan lalu merempuh belakang kenderaan berat berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.