Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, identiti ketiga-tiga mangsa ketika kejadian pukul 6 pagi itu masih belum dikenal pasti.

"Sepasukan bomba dari Triang bersama enam anggota serta sebuah jentera telah memadamkan kebakaran itu dan mengeluarkan semua mangsa," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas berhubung kejadian, beliau berkata, kereta tersebut terbakar selepas terlibat kemalangan membabitkan dua buah lori berhampiran stesen minyak tersebut. - K! ONLINE