Kesemua tertuduh iaitu Wahab Embong, 69, Mohd. Ruhasmizal Yatim, 32, dan Fauzi Mohamad, 54, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Hakim Tuan Azman Mustapha.

Tuan Azman memerintahkan Wahab membayar denda sebanyak RM10,000, Mohd. Ruhasmizal (RM20,000) dan Fauzi (RM5,000).

Mengikut pertuduhan, Wahab didakwa menggaji seorang PATI warga Myanmar yang tidak mempunyai pas pekerja yang sah sebagai buruh binaan di sebuah tapak projek di Batu Rakit, Kuala Nerus sewaktu serbuan pada pukul 11 pagi, 4 Disember tahun lalu.

Tertuduh kedua, Mohd. Ruhasmizal pula didakwa mengambil dua PATI yang melanggar syarat pas bekerja di tapak projek mukim Losong di sini ketika serbuan pada pukul 10.10 pagi, 4 Disember lalu.

Fauzi didakwa membenarkan seorang PATI warga Myanmar yang tidak memiliki pas yang sah untuk masuk dan tinggal di sebuah tapak pembinaan di Kampung Pengkalan Nyireh, Kuala Besut, Besut pada pukul 11.40 pagi, 2 Oktober tahun lalu. - K! ONLINE