Dalam serbuan pada pukul 2.15 pagi itu, sebanyak 520 pil berwarna merah dan hijau disyaki dadah jenis pil Yaba yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM7,800 berjaya dirampas.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Pemangku Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu serbuan diadakan, ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 45 hingga 49 tahun berada di salah sebuah bilik di belakang sebuah rumah di Kampung Binjai 4 berkenaan.

"Pemeriksaan pada sebuah beg yang dipakai salah seorang suspek menjumpai tiga paket plastik berwarna biru mengandungi kesemua 514 pil berwarna merah dan enam pil berwarna hijau disyaki dadah jenis pil Yaba.

"Soal-siasat awal mendapati kesemua suspek mengaku mendapatkan bekalan dadah itu daripada seorang pembekal di Kuala Terengganu," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Hanyan berkata, ujian air kencing mendapati ketiga-tiga lelaki tersebut positif dadah jenis Methamphetamine. - K! ONLINE