Abu Bakar hari ini menyerahkan sumbangan kepada wakil tiga keluarga terbabit iaitu Che Su Ahmad, Zaleha Ahmad dan Salamiah Bahari semasa mengadakan lawatan serta meninjau keadaan rumah mangsa. 

Menurut Abu Bakar, pihaknya prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga mangsa ribut berkenaan manakala sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. 

"Malah usaha ini membuktikan komitmen kerajaan yang sentiasa memberi perhatian serta mengambil berat akan kebajikan serta permasalahan rakyat di kawasan Parlimen Langkawi" katanya di sini hari ini. 

Terdahulu, Abu Bakar beliau turut merasmikan Program Ko-Kurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkawi serta menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada seorang penggiat seni, Ahmad Man yang ketika ini sedang uzur di Pulau Tuba, di sini. 

Abu Bakar mengadakan lawatan kerja selama tiga hari di Parlimen Langkawi bermula 13 Ogos lalu. 

Semalam, beliau turut menyampaikan sijil kepada pelajar-pelajar cemerlang Sekolah Kebangsaan Ewa di Air Hangat di sini. - K! ONLINE