Affyzal Mohd.,32, Mohd. Syafie Zainal, 35, dan Nazrin Wazed, 31, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama-sama bagi mencapai niat bersama mengedar methamphetamine dengan berat kasar 52,819 gram di Taman Seri Mangga di sini pada pukul 2.30 pagi, 17 Februari 2018.

Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari mengemukakan pendakwaan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati.

Mahkamah kemudian meneĀ­tapkan 18 April depan untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.