Majistret Stephanie Sherron Abbie membenarkan permohonan reman tersebut daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan, ketiga-tiga suspek berusia antara 35 hingga 53 tahun itu merupakan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) manakala seorang lagi anggota polis yang bertugas di bandar raya ini.

Mereka telah ditahan pihak SPRM di sekitar bandar raya ini antara pukul 3 hingga 7 petang semalam kerana dipercayai menerima suapan wang tunai daripada orang awam atas dorongan tidak mengambil tindakan terhadap individu yang ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Tangkapan tersebut dilakukan selepas pihak SPRM menerima laporan bahawa mereka disyaki meminta sogokan wang tunai sebanyak RM1,200 daripada mangsa terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - K! ONLINE