Kajian selama enam tahun melibatkan 430,000 rakyat Britain itu mendapati individu ‘burung hantu’ berisiko untuk mati lebih awal pada kadar 10 peratus lebih tinggi berban­ding individu ‘burung lark’ yang tidur awal dan bangun sebelum matahari muncul.

Burung lark merupakan burung bersaiz kecil yang dikenali kerana mampu mengeluarkan bunyi merdu.

“Ini adalah isu kesihatan awam yang tidak boleh di­abaikan lagi,” ujar penulis bersama kajian itu, Malcolm van Schantz dari Universiti Surrey, Guildford, England.

Penulis bersama, Kristen Knutson dari Universiti Northwestern, Chicago pula menjelaskan, individu burung hantu yang cuba untuk hidup dalam dunia burung lark berisiko mendapat masalah kesihatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.