AHMAD ZAHID
AHMAD ZAHID

Beliau dalam satu kenyataan berkata, dakwaan kerajaan ba­hawa mereka yang diberhentikan atas alasan kroni kepada Menteri dan ketua jabatan ter­tentu adalah tidak benar.

“Mereka ini adalah pemudahcara kementerian dan jabatan tertentu dan dilantik dengan persetujuan Suruhanjaya Perkhid­matan Awam.

“Sebahagian besarnya tidak dilantik secara terus seperti yang didakwa oleh banyak pihak, sebalik­nya perlu melalui proses yang sama dengan penjawat awam lain termasuk temu duga,” katanya dalam satu kenya­taan semalam.

Menurutnya, kerajaan perlu bersikap prihatin dalam perkara ini dan tidak menjadikan mereka sebagai agenda politik.

Dalam pada itu, be­liau berkata, sebahagian besar daripada kakita­ngan yang diberhentikan itu bergaji sederhana dan ada antaranya yang menerima gaji mengikut Gred 17 pada kadar asas RM935 sebulan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.