Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, berdasarkan maklumat Jabatan Perikanan, musim penyu mendarat dijangka pada April hingga Ogos setiap tahun.

Katanya, tempoh dari Di­sember hingga Mac merupakan masa yang sesuai untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan tersebut.

“Jumlah pendaratan penyu juga akan berkurangan pada September hingga Mac iaitu sewaktu musim tengkujuh,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.