Presidennya, Chin Hon Meng berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Kerja Raya, Baru Bian, baru-baru ini kerana semua syarikat di bawah TRMAM diiktiraf dengan MS 224: 2005 yang termaktub dalam Akta Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan pensijilan mandatori produk MS 224: 2005 untuk tayar celup juga telah diwartakan kerajaan pada Nov 2007.

"Pensijilan MS 224:2005 di mana ujian ketahanan dan prestasi tayar ini mematuhi piawaian MS1394:2017 dan ia bersamaan dengan European Commercial Vehicle Tyres Standards (ECE R109)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Chin berkata, pihaknya juga berusaha menghubungi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi mendapatkan maklumbalas mengenai statistik kemalangan yang dikeluarkan tetapi tidak berjaya.

Semua komen negatif mengenai tayar celup dibuat tanpa objektif dan pengetahuan teknikal dan meletakkan segala kesalahan kepada trak, bas atas kegagalan tayar celup atas tidak munasabah," katanya. - Bernama