Menurut Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Noordin Ahmad, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan risiko tersebut memandangkan peratusan negara in dilanggar serpihan Tiangong-1 hanyalah 0.09 peratus.

Jelasnya, ia berdasarkan keluasan negara iaitu 329,960 kilometer (km) persegi berbanding luas keseluruhan kawasan stesen berkenaan berkemungkinan jatuh.

Tambah Noordin, kebarangkalian Tiangong-1 untuk jatuh di Kuala Lumpur yang berkeluasan 243.65 km persegi pula hanyalah kira-kira 0.0000699 peratus sahaja.

“Berdasarkan kiraan, kawasan yang dirangkumi 43 darjah utara hingga ke 43 darjah selatan ini melibatkan banyak negara lain di dunia termasuk Malaysia mempunyai keluasan anggaran kira-kira 347,860,000km persegi.

“Selain Malaysia khususnya Kuala Lumpur, kawasan ini turut meliputi Singapura (1.35 darjah utara), Sydney, Australia (33.86 darjah selatan), Florida, Amerika Syarikat (27.66 darjah utara) dan Beijing, China (39.90 darjah utara),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.