Terbaharu, penyebar be­rita palsu melaporkan ko­nonnya terdapat wang berjumlah Rp3.5 trillion (RM1 bilion) ditemui di dalam kapal yang dirampas pada 28 Februari lepas di Bali.

Menurut media Indonesia, penyebaran maklumat palsu itu dilakukan menerusi akaun Facebook Miyoyo, akaun milik warga Malaysia.

“Penyiasat Indonesia men­jumpai 1 billion ringgit tersimpan rapi dalam kapal Jo Lo (Jho Low)?,” menurut akaun Facebook berkenaan.

Wakil Direktur Direktorat Tindak Pidana Ekonomi Khusus (Dittipideksus) Indonesia, Daniel Silitingo berkata, laporan yang tersebar di Malaysia itu adalah palsu.

“Saya yang memimpin penugasan penangkapan kapal tidak menemui wang,” katanya dipetik media Indonesia di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.