Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya hanya akan memberikan kelonggaran kepada peniaga tetapi memberi peringatan agar tidak menyalahgunakan kelebihan berkenaan.

"Jangan cuba ambil kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan untuk  mengelak daripada melakukan hal demikian. Yang harus mendaftar tetap perlu mendaftar. 

"Kita nak gunakan pendekatan yang lembut dan berhemah iaitu kita nak anggap semua rakan niaga sebagai rakan kongsi. Marilah kita sama-sama membayar cukai yang patut mereka bayar kepada negara supaya negara dapat membangun dengan sihat," katanya pada pemberita di lobi Dewan Negara di sini hari ini.

Guan Eng berkata, kementeriannya juga tidak meletakkan sebarang jangka masa tertentu untuk membolehkan semua peniaga mendaftar namun SST akan tetap dikenakan walaupun perniagaan lambat atau belum didaftarkan sebaik ia dikuatkuasakan.

"If you are caught under the SST for five percent and you register on 1 October, you have to pay the tax for 1 September also. It is your own lost if you register late. It does not benefit you if you not register," katanya. - Bernama