JPA dalam kenyataannya berkata, calon yang ingin memohon penajaan JPA perlu menjalani ujian Psikometrik sebagai proses penapisan kelayakan untuk mendapatkan tajaan.

Menurut jabatan itu, soalan-soalan yang disediakan tidak bersifat politik, perkauman atau menyentuh isu-isu yang sensitif seperti yang didakwa sebaliknya, soalan yang disediakan meliputi penilaian jati diri dan semangat cintakan negara.

"JPA ingin menjelaskan bahawa isu yang dinyatakan (sebuah portal berita) mengenai  soalan politik di dalam ujian biasiswa JPA adalah tidak berbangkit," kata kenyataan itu.

JPA juga sentiasa memastikan proses yang dilaksanakan dalam setiap Program Penajaan JPA mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan demi melahirkan pelajar yang cemerlang dan menyumbang khidmat bakti kepada negara. - Bernama