Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata, sebahagian besar penumpang adalah rakyat Cuba dan tiga daripada penumpang terselamat manakala 107 orang lagi terkorban dalam nahas itu.

"Wisma Putra ingin merakamkan takziah dan simpati yang amat mendalam kepada semua mangsa dan keluarga penumpang yang terkorban. Ingatan dan doa kami bersama rakyat Cuba dalam keadaan penuh hiba ini," kata Wisma Putra menerusi kenyataan hari ini.

Pesawat penumpang itu terhempas pada pagi Jumaat sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa  Jose Marti di Havana ketika dalam perjalanan dari Havana ke bandar raya Holguin di timur.

Kapal terbang itu kepunyaan syarikat Mexico, Damojh, dan disewa oleh Cubana de Aviacion. - Bernama