Mahathir memberikan jaminan itu semasa mengadakan pertemuan dengan Presiden China,  Xi Jinping di Rumah Tetamu Negara Diaoyutai di sini hari ini.

"Kami berada di sini untuk memberi jaminan kepada kerajaan China dan rakyatnya bahawa tidak akan berlaku sebarang perubahan dalam dasar,"  kata Perdana Menteri.

Mahathir kini dalam rangka lawatan rasmi lima hari di China. - Bernama