Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan berhubung perkara berkenaan yang dibangkitkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga tidak pernah dibawa atau diusulkan dalam mesyuarat mingguan Kabinet.

Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat berkata, beliau sudah lama telah menyedari desakan dan cadangan perkara berkenaan, bagaimanapun sehingga kini  masih belum dibincangakan dengan lebih terperinci.

"Sebenarnya kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia sebenarnya memberi kelebihan kepada masyarakat di negara ini untuk belajar pelbagai bahasa. Apa salahnya kita belajar bahasa Mandarin, Tamil, Inggeris, malah ini sebagai aset negara.

"Sewaktu kunjungan saya ke Geneva baru-baru ini, mereka di sana boleh bercakap sehingga lima bahasa, jadi apa salahnya kita belajar bahasa Tamil dan Mandarin, Inggeris " katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Yayasan Aman di Penanti, dekat sini, hari ini.

Wan Azizah berkata demikian mengulas desakan NGO menerusi satu memorandum, yang  mencadangkan kepada kerajaan supaya menghapuskan sekolah vernakular di negara ini.
Memorandum itu diserahkan kepada Menteri Pendidikan, Maszlee Malik, di pejabatnya  di Putrajaya, kelmarin.

Memorandum itu adalah susulan daripada kenyataan Maszlee mengenai kuota matrikulasi dan keperluan fasih berbahasa Mandarin bagi mendapat pekerjaan, baru-baru ini.

Sementara itu, Wan Azizah turut menyambut baik  kritikan yang dilemparkan oleh Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin supaya mana-mana menteri, menteri besar dan anggota exco kerajaan negeri  yang kurang menyerlah meletak jawatan mereka  secara sukarela.

"Saya menyambut baik kritikan itu dan kita akan cuba baiki sebaiknya," katanya. - Bernama