Beliau berkata, ini kerana pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan di setiap pasar bagi memastikan peniaga menjalankan perniagaan mereka mengikut prosedur yang telah ditetapkan agensi itu.

Menurut Tajuddin, ketika ini terdapat 1,000 pasar tani beroperasi di seluruh negara.

"Kita ada pegawai FAMA yang memantau semasa pasar tani beroperasi, pegawai ada di situ jadi tidak akan terlepas pandang.

"Bagaimanapun, kita akan menarik balik lesen perniagaan peniaga pasar tani jika didapati menyalahgunakan lesen yang diberikan kepada mereka dengan memajak atau menyewa tapak perniagaan kepada warga asing," katanya. - Bernama