Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata, walaupun kerajaan berminat dengan perolehan baharu, namun pesawat sedia ada masih boleh beroperasi dengan baik. 

"Kita dapati pesawat lama masih boleh beroperasi dengan cukup baik dan kita telah melihat demonstrasi pesawat lama yang telah diselenggara dengan baik pagi ini. Mereka boleh tahan lebih lama lagi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini petang tadi. - K! ONLINE