Dalam satu kenyataan, Pemangku Pengerusi MCMC, Datuk Dr. Mohd. Ali Mohamad Nor berkata, sebarang siasatan ke atas kenyataan di laman media sosial dan tindakan penguat kuasaan diambil  selepas  mendapat  aduan atau diminta oleh agensi penguat kuasaan undang-undang.  

"MCMC tidak melaksanakan pemantauan secara besar-besaran ke atas mana-mana laman media sosial atau emel.

Kerajaan mendukung hak kebebasan bersuara dan privasi berdasarkan undang-undang dan MCMC  akan bertindak jika ada pelanggaran undang-undang," katanya. - Bernama