Ketua Wa­nitanya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, pemilihan sebarang tarikh pada bulan puasa bagi diadakan pilihan raya umum membolehkan jentera parti mengambil pendekatan berhemah dan tersusun sewaktu berkempen.

“Sebagai contoh, Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar, Pe­rak dan Sungai Besar, Selangor yang diadakan pada bulan Ramadan dua tahun lalu dijalankan dengan aman tanpa sebarang insiden caci maki, tohmahan dan fitnah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.