Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, orang ramai boleh menggunakan terma Hari Kemerdekaan, Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk mengadakan program atau acara berkaitan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi menyemarakkan dan menggelorakan semangat patriotik.

Kenyataan itu berkata, KKMM selaku Urus Setia Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia juga menggalakkan orang ramai untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing bagi menzahirkan semangat patriotisme dan menyokong kempen Kibar Jalur Gemilang 2018.

Orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Merdeka di talian 03-89115680/5684/5679 atau emel kepada [email protected] untuk maklumat lanjut.

Hari Kebangsaan akan disambut pada 31 Ogos di Putrajaya manakala Hari Malaysia akan disambut pada 16 September. - Bernama