Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, LGBT adalah perlakuan yang menyalahi hukum syarak dan sebagai sebuah negara Islam, ia wajar dicegah serta dibendung daripada terus menjadi wabak dalam masyarakat.

"Golongan ini dilaknati Allah dan mereka yang menyokong perbuatan mungkar turut sama menanggung dosa...mengapa kita mahu menerima serta bersama mereka? Tiada soal bertolak ansur untuk membenarkan hubungan dan perlakuan LGBT yang secara terang-terangan merosakkan diri, agama dan masyarakat.

"Kita perlu menentangnya...tetapi secara bijaksana. Jika kita ada kuasa untuk mencegah (menteri, kerajaan) ia lagi mudah dilakukan melalui penguat kuasaan undang-undang...bukan berusaha memahami mereka pula," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa bersama aktivis transgender beberapa hari lepas. - Bernama