Kesemua suspek yang berusia antara 25 hingga 44 tahun itu ditangkap lebih kurang pukul 1 pagi di atas sebuah bot jongkong dan jeti di kawasan terbabit.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Assisten Komisioner Mohd. Yazid Abd. Aziz berkata, tiga lelaki ditahan di atas bot jongkong manakala tiga lagi suspek ditahan ketika berada di jeti tersebut.

"Hasil pemeriksaan mendapati keenam-enam suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

"Sehubungan itu, mereka dan bot jongkong terbabit dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut," katanya hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - K! ONLINE