Setiausaha DPUKM, Datin Seri Norliah Che Mohamamad berkata, fokus utama DPUKM adalah membuka peluang kepada usahawan yang masih mencari hala tuju dalam bidang perniagaan.

Selain itu, DPUKM juga membantu usahawan wanita mengembangkan minat mereka dengan menghadiri kursus-kursus yang ditawarkan di bawah kementerian dan badan bukan kerajaan.

Katanya, The Tuanku Azizah Handmade Market anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) merupakan salah satu platform untuk para usahawan memasarkan produk kraftangan masing-masing

“Difahamkan, fokus utama The Tuanku Azizah Handmade Market ini untuk membantu wanita seperti ibu tunggal.

“Oleh itu, saya amat berharap program seumpama ini dapat diperbanyakkan lagi pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Prapelancaran program itu dekat sini semalam.

The Tunku Azizah Handmade Market berlangsung selama tiga hari sehingga esok di Sky Park @ One City USJ Subang Jaya dan di­sertai oleh kira-kira 100 usahawan wanita.

The Tunku Azizah Handmade Market dahulunya dikenali PSJKM Handmade Market sebelum dijenamakan semula atas cadangan dan perkenan Penaung Diraja iaitu Raja Pe­r­maisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimumah Iskandariah.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.