Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengagihan hibah itu melibatkan pembayaran sebanyak RM2.7 bilion dan akan memberi manfaat kepada 8.7 juta atau 93 peratus pendeposit yang belum menunaikan ibadat haji.

“TH telah mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM4.5 bilion iaitu peningkatan seba­nyak RM1.1 bilion atau 31 peratus berbanding tahun kewangan 2016 sebanyak RM3.4 bilion.

“TH juga merekodkan keuntungan bersih selepas zakat hampir RM2.8 bilion iaitu pe­ningkatan sebanyak RM0.3 bi­lion atau 13 peratus berbanding tahun kewangan 2016 sebanyak RM2.5 bilion,” katanya pada Majlis Pengumuman Hibah Lembaga TH di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.