Pengurus Besar Kanan (Haji) TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd. Rahman menyampaikan zakat itu kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara di sini hari ini.

Syed Saleh berkata, bayaran zakat bagi negeri Pulau Pinang mencatatkan peningkatan pada kali ini iaitu sebanyak 24.9 peratus berbanding tahun 2017 iaitu RM2,759,734.60.

"Setiap tahun TH melaksanakan bayaran zakat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab TH sebagai sebuah organisasi Islam dengan sasaran untuk memperkasakan kewangan Islam dan pembangunan sosio-ekonomi ummah terutama bagi golongan asnaf," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, TH berharap pembayaran zakat tersebut dapat dimanfaatkan oleh Zakat Pulau Pinang ke arah kemampanan program-program zakat yang dirangka di negeri ini bagi kelesterian ekonomi golongan asnaf. - Bernama