Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk membangunkan sistem teknologi tersebut untuk kemudahan jemaah haji Malaysia ketika berada di negara ini dan Arab Saudi.

“TH mengalu-alukan dan menyokong sebarang usaha menaik taraf kemudahan jemaah haji oleh Arab Saudi termasuklah penggunaan peranti pintar tersebut.

“Malah kita telah melakukan pelbagai persediaan bagi me­lancarkan urusan jemaah untuk menunaikan ibadat haji,” katanya selepas Majlis Penyerahan Baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.