Ketua Pengarah  MARDI, Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd. Nor berkata, adalah penting untuk menggalakkan budaya sifar pembaziran makanan dalam kalangan masyarakat kerana rakyat Malaysia membuang kira-kira 13 ribu tan sisa makanan setiap hari.

“Rakyat turut membuang hampir 13,000 tan makanan yang tidak diusik dan boleh dimakan semula oleh 2.2 juta orang.

“Justeru,  kesedaran dalam kalangan para pelajar perlu ditingkatkan agar masalah pembaziran makanan yang berlaku dapat di atasi,” katanya pada Program Kebun Dapur di Sekolah Kebangsaan (SK) Tropicana di sini hari ini.

Program yang diadakan  bersempena Sambutan Hari Bumi Sedunia itu melibatkan seramai 400 orang pelajar yang diberi pendedahan akan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.
Turut hadir, Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie dan Guru Besar SK Tropicana, Guok Soon Leng. - K! ONLINE