Najib berkata, semua anggota UMNO tidak boleh membiarkan parti yang diasaskan sejak 72 tahun lepas berakhir atau tidak lagi mendapat tempat mahupun dianggap sudah tidak relevan. 

Beliau berkata, sudah tentu dalam perjuangan tidak semuanya akan melalui 'jalan manis', sebaliknya sesekali akan berdepan laluan berliku atau jalan buntu dan hanya yang cekal, berlapang dada serta istiqamah akan memperoleh kejayaan. 

"Lihat apa sedang berlaku ini adalah perjuangan amat menguji kita. Allah letakkan ujian sangat besar (untuk melihat) jika kita mempunyai kesungguhan dan menghidupkan kembali perjuangan asal UMNO. 

"Ketika UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union, kita tidak mempunyai kekuatan termasuk kekuatan ekonomi. Tapi kita ada kekuatan semangat dan perpaduan, dengan itu sahaja, kita menumbangkan Malayan Union," katanya. - Bernama