Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, umat Islam di Malaysia perlu bertanggungjawab mempertahankan TH sebagai satu tindakan jihad ekonomi.

"Saya harap penyimpan jangan rasa panik dengan apa yang berlaku, wang mereka selamat, dijamin oleh kerajaan.

"Saya harap jangan ada yang berfikir untuk mengeluarkan wang mereka daripada TH, malah yang ada wang berlebihan boleh terus menambah simpanan mereka dalam TH," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

TH pada Jumaat lepas mengumumkan agihan hibah 1.25 peratus yang melibatkan pengagihan berjumlah RM913 juta kepada semua pendepositnya bagi tahun kewangan 2018. - Bernama