Kesemua mangsa yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun yang tersadai kira-kira tiga jam di tengah laut terselamat apabila menerima bantuan daripada sepasukan anggota Maritim Malaysia (APMM) pada pukul 9 malam.

Pengarah Maritim Daerah Terengganu, Kepten Maritim Rahim Ramli (gambar kecil) berkata, keadaan laut bergelora menyebabkan bot APMM berjaya menunda bot fiber dinaiki mang­sa ke Jeti Pejabat Maritim Terengganu di sini pada pukul 4 pagi semalam.

“Sebelum itu, kami mendapat maklumat bot yang dinaiki tiga mangsa terbabit mengalami kerosakan enjin pada kedudukan kira-kira 14 batu nautika dari muara Sungai Terengganu di sini pada pukul 6.28 petang semalam (kelmarin).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.