Mengulas spekulasi tersebut, Abdul Hamid berkata, beliau belum menerima sebarang surat pelantikan untuk mengisi jawatan tersebut.

“Terpulang kepada pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pasukan Polis untuk menetapkan pengganti bagi jawatan tersebut.

“Buat masa kini, saya masih memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian program Seminar Hentikan Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-Kanan serta Pelancaran Buku Pencegahan Jenayah di pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini hari ini.

Desas-desus mengenai pelantikan Hamid Bador sebagai bakal Ketua Polis Negara, menggantikan Mohamad Fuzi mulai tersebar sejak Februari lalu.

Selain itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani juga dikatakan bakal dilantik Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu menggantikan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, yang bersara pada bulan lalu. - K! ONLINE